 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Our Journey of Life
  By: Ct Hasnih
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 8-Aug-2008 03:11 |
Email | Share | Bookmark |
|
Perkembangan Bayi (Minggu ke-29 hingga Minggu ke-40)
|
|
Setelah menempuh Minggu ke-1 hingga Minggu ke-16 pregnant, and then Minggu ke-17 hingga Minggu ke-28 pregnent, pejam celik celik pejam aku sudah pun masuk Minggu ke-33 pregnency. So berikut artikel untuk dikongsi bersama anda Perkembangan Bayi untuk Minggu ke-29 hingga Minggu ke-40.
| Quote: | Minggu ke-29 - Postur ibu kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan terutamanya di bahagian perut yang semakin memboyot. Kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak mata bayi juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
Minggu ke-30 - Ibu perlu banyak berehat. Jika tidak bekerja, pastikan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan tidur awal dan mendapat tidur yang selesa.
Minggu ke-31 - Ibu akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perut. Manakala pada payu dara pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
Minggu ke-32 - Bayi mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, ibu tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.
Minggu ke-33 - Bayi telah memiliki rupa paras yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap.
Minggu ke-34 - Kedudukan bayi betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.
Minggu ke-35 - Ibu akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol.
Minggu ke-36 - Ibu yang berkerja sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus ibu. Ibu akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
Minggu ke-37 - Kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.
Minggu ke-38 - Ibu merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing terjadi.
Minggu ke-39 - Saat hampir bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.
Minggu ke-40 - Minggu terakhir dan ini adalah minggu yang ditunggu-tunggu. Ibu akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Ibu juga akan mulai rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian bakal ibu dan bapa kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi.
Disunting dari : www.mengandung.com/newsletter/ |
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|